Andainya lelaki
tahu..
Apabila seorang
perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu
adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki
tahu..
Apabila seorang
perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan
bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang
mencari kekuatan
untuk terus tabah
menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki
tahu..
Apabila seorang
perempuan marah,
memang dia tidak
mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah,
itulah maknanya
dia sangat
mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja
pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula
banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki
tahu..
Apabila perempuan
bercakap banyak,
dia tidak pernah
bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu
lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki
tahu..
Apabila perempuan
berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan
bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk
dirinya,
tetapi untuk masa
depan anda.
Andai lelaki
tahu..
Apabila perempuan
cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna
dia tidak sayang..
tetapi dia
terlalu sayangkan anda
dan masih
menganggap anda anak kecil
yang masih
memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia
terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan
mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya
sangat kuat.
Dia hanya mahukan
yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki
tahu..
Apabila perempuan
merajuk,
jangan kata dia
mengada-ngada.
Dia bukannya mahu
dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah
sedozen,
tetapi cukup
dengan perhatian
yang boleh buat
perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki
tahu..
Apabila perempuan
jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu
lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir
dari kata-kata
tetapi juga
melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki
tahu..
Apabila perempuan
kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar
maksudkannya.
Apabila
berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki
tahu..
Apabila perempuan
kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya
kata-katanya
kerana dia hanya
mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat
sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun
sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan
kamu, percayalah,
walaupun
perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di
hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan
menjadi degil,
dia bukan
bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu
melihat
sejauh mana
lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati
perempuan itu sangat lembut.
Andai kena
caranya,
jangan terkejut kalau
akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki
tahu..
Apabila perempuan
berkata,
“tolong
tinggalkan saya!”,
dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia
kembali tenang,
percayalah dia
akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia
benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar
untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu
emosional.
Tapi dialah yang
paling menyayangi anda
dan sangat
sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki
tahu..
Sememangnya Allah
menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan
yang tersendiri.
Tetapi sekiranya
mereka saling memahami,
mereka akan
saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu
diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air
matanya,
tersimpan seribu
satu kekuatan
yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya
perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya
kekuatan tersendiri
yang bisa
menggoncang dunia
dan mungkin bisa
pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah
kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga
ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan
hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal
menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik
untuk anak2 anda.